Mendeklamasikan Puisi Pada Majlis Bintang Bintang Berpuisi

  • Posted On : 21/05/2016
  • Ratings : 4 260
  • 260 Views

Mendeklamasikan puisi pada majlis Bintang- Bintang Berpuisi ll anjuran Utusan Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. WAHAI ANAK MUDA Anak muda hidup ini adalah perjuangan. Perjuangan yang tidak akan pernah ada pengakhiran Bahawa hidup adalah tentang bagaimana kita mahu membahagiakan Hati dan perasaan banyak orang. Anak muda, kita ini orang yang berjuang Meski tidak dengan pedang, lembing dan kelewang Perjuangan hidup dan kehidupan Manusia dan kemanusiaan tidak akan pernah ada pengakhiran. Di negeri ini, anak muda Kita adalah sama bersaudara, Kita adalah setia sekata Usah diciptakan jurang atau mencipta ruang perbezaan Kita ini orang yang berjuang…. Dikau anak muda…. Bangsa ini mengharapkan mu. Pada bahu jemala yang teguh dan utuh, Tanah air ini wajar engkau pertahankan dalam pakaian kesiap-siagaan. Duhai anak muda, Negara ini mendokongmu untuk masa depan yang hebat cemerlang Pantang kau undur, walau setapak ke belakang Pantang menyerah kalah, walau disergah amarah Tidak pernah sesekali, engkau bertingkah lidah Mendurhaka kepada perjuangan nenek moyang yang telah berlalu dalam sejarah. Anak muda, Kitalah yang akan terus mengibarkan jalur gemilang yang megah Negaraku yang gagah Bangsa yang kita cinta ini, tidak akan pernah kalah. #kita1hati #marilahbekerjabersamasaya #membandarkanluarbandar #KKLW #DS15 #inilahpeluangku

Related Videos

Oops! No Result Found.


More For Ismail Sabri Yaakob

  • Next Video

    Wie die Rüstungsindustrie Einfluss auf die EU-Flüchtlingspolit...

    Redirecting You in 3 Seconds.

    Watch Now

Our ads do NOT auto-play audio, pop-up on the screen, and we do NOT deliver them in any intrusive way. Consider turning off Ad Block so we can continue to deliver the best Meta content on the web!